2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

POLIS BERSIHKAN NAMA MENTERI ISLAM DI SRI LANKA SELEPAS DIANGGAP EKSTREMIS

 

COLOMBO, 31 JULAI – Menteri Islam di Sri Lanka yang meletak jawatan beramai-ramai susulan insiden serangan bom yang menggemparkan negara itu pada April lalu menyertai semula kerajaan.

 

Pegawai kerajaan di sana memaklumkan keputusan itu dibuat selepas polis mengesahkan mereka tidak terlibat dengan ekstremisme.

 

Dalam satu kenyataan dari pejabat Presiden Maithripala Sirisena memaklumkan Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Negeri telah mengangkat sumpah di hadapan presiden malam tadi.

 

Seramai sembilan penggubal undang-undang dan beberapa daripadanya menteri Kabinet meletak jawatan pada awal bulan lalu selepas seorang ahli Parlimen Buddha menggesa pemecatan menteri Islam selain turut menuduh mereka ada kaitan dengan keganasan.

 

Jurucakap ahli Parlimen berkata, mereka memutuskan untuk menerima portfolio masing-masing selepas polis membersihkan nama mereka daripada kumpulan ekstremis yang terlibat dalam serangan pengeboman tersebut.

 

Hampir 100 individu yang ada kaitan dengan kumpulan militan tempatan telah diberkas selepas serangan ke atas tiga gereja dan hotel mewah yang meragut 258 nyawa pada 21 April lalu

 

Sumber: Sinar Harian