2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-10-03 at 9.05.21 AM
Info Semasa

PM Malaysia bimbing Andrew lafaz Syahadah di New York

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan membimbing seorang saudara baharu untuk melafazkan kalimah syahadah, semasa lawatan kerja di New York, Amerika Syarikat minggu lalu.

Menurut laporan Al-Hijrah News, Datuk Seri Anwar menyempurnakan pengislaman saudara baru itu selepas beliau menyampaikan khutbah di Islamic Cultural Centre of New York (ICCNY).

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” petik Al-Hijrah News dalam Facebook Datuk Seri.

Terdahulu, Anwar diberi penghormatan oleh komuniti Islam di New York untuk menyampaikan khutbah Jumaat di ICCNY.

Anwar dapat berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama sekaligus dapat hidup rukun damai dan harmoni.

“Umat Islam juga diseru untuk mengukuhkan perpaduan sesama mereka, tonjolkan hikmah serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

“Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjelaskan konsep “Malaysia MADANI” yang diperkenalkan di Malaysia serta menyentuh ancaman Islamofobia di seluruh dunia yang memerlukan kesepakatan umat untuk menoktahkannya,” katanya.

Anwar turut berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada pihak ICCNY untuk kegunaan komuniti Islam di sini.

Perdana Menteri kini berada di New York untuk menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.