2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PERTEMPURAN DI MYANMAR: 5 ETNIK ROHINGYA TERBUNUH

YANGON: Sekurang-kurangnya lima etnik Rohingya terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran antara tentera Myanmar dan militan di negeri Rakhine.

Menurut Ahli Parlimen, Tun Thar Sein, ketegangan berlaku apabila pasukan pemberontak Arakan Army menyerang konvoi tentera yang melalui bandar bersejarah, Mrauk U.

Beliau berkata, anggota tentera terpaksa bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah dua kampung di situ.

“Sebagai tindak balas (serangan pasukan pemberontak), tentera melepaskan tembakan ke arah lokasi yang disyaki,” katanya.

Seorang pekerja kesihatan tempatan yang enggan dikenali memberitahu, tiga etnik Rakhine turut cedera dan seorang wanita meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian terbabit.

Jurucakap Arakan Army, Khine Thu Kha, bagaimanapun menyalahkan tentera kerajaan dalam kejadian terbabit.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan memberitahu, lima orang Islam terbunuh dengan mayat mereka dipenuhi kesan peluru.

“Kami tidak boleh keluar ke mana-mana. Kami hanya mahu selamat tinggal di kampung ini. Jika kejadian sebegini berulang, sudah tidak ada harapan bagi kami,” katanya.

Sumber: Berita Harian