2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PERTEMPURAN DI KASHMIR, 4 PENGGANAS TERBUNUH

SRINAGAR – Pasukan tentera di wilayah Kashmir yang ditadbir India menembak mati empat pengganas hari ini, beberapa jam selepas lima pengganas dibunuh dalam pertempuran berasingan di kawasan sama.

Jurucakap tentera, Kolonel Rajesh Kalia, berkata dalam pertempuran terbaru itu, anggota tentera mengepung sebuah kampung di selatan wilayah Shopian selepas mendapat maklumat daripada pihak polis.

Dalam pertempuran yang mengorbankan empat pengganas itu, pihak tentera turut meletupkan sebuah rumah manakala seorang pegawai tentera berkata tiga anggota tentera turut cedera.

Ratusan penduduk kampung yang menyokong pemberontak bertindak membaling batu ke arah tentera dan melaungkan slogan menentang pentadbiran India ketika pertempuran berlaku.

Semalam, lima pengganas terbunuh dalam operasi tentera India selepas pihak polis mengepung perkampungan Reban di pinggir Shopian.

Dua pertempuran itu berlaku seminggu selepas New Delhi mengusir dua kakitangan Kedutaan Pakistan atas tuduhan mengintip.

Ketegangan kekal tinggi di Kashmir selepas New Delhi pada Ogos lalu menarik balik status separa autonomi terhadap wilayah itu dan mengisytiharkan perintah berkurung.

Sumber: Berita Harian