PERMOHONAN UNTUK KERUSI RODA MASIH DIBUKA!
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
1. Pendapatan isi rumah mesti dibawah RM1,000.
2. Perlu menggunakan kerusi roda sebagai alat bantuan untuk berjalan.
3. 1 kerusi roda hanya untuk 1 keluarga sahaja.
PEMOHON HENDAKLAH SERTAKAN:
1. Salinan kad pengenalan.
2. Dokumen sokongan seperti surat daripada hospital dan lain-lain pihak berkenaan.
3. Kad OKU (Bagi pemohon OKU/Jika Berkaitan).
4. Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri).
5. Dokumen hendaklah di hantar ke no whatsapp ini : Klik sini
** Sekiranya tidak sertakan semua dokumen yang dikehendaki, borang anda akan kami anggap tidak lengkap dan permohonan terbatal
PROSES YANG AKAN DILALUI :
1. Sekiranya anda termasuk dalam golongan syarat-syarat diatas, anda LAYAK untuk memohon.
2. Nama-nama pemohon akan disaring bagi memilih pemohon yang layak menerima bantuan.
3. Pemohon yang berjaya akan menerima emel/sms daripada SM.
4. Bantuan akan diproses dan mengambil masa 30 hari bekerja.
5. Barang bantuan (kerusi roda) akan dibeli melalui platform shopee dan akan dihantar terus ke rumah pemohon.
6. Pemohon hendaklah memaklumkan/mengirimkan gambar kepada SM sekiranya bantuan telah diterima.
7. Pemohon hendaklah membuat posting di facebook dan tag Serantau Muslim bersama barang bantuan (kerusi roda) yang diterima.
MAKLUMAT PENTING:
1. SILA ISIKAN MAKLUMAT PENGHANTARAN YANG BETUL BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENGEPOSAN.
2. BANTUAN KERUSI RODA INI HANYA LIMIT KEPADA 30 ORANG SAHAJA.
3. BANTUAN ADALAH BERUPA STANDARD DESIGN KERUSI RODA.
4. BAGI PERMOHONAN YANG DISAHKAN SAHAJA LAYAK MENERIMA BANTUAN KERUSI RODA.
5. MAKLUMAT NO. TRACKING AKAN DIHANTAR KEPADA NO.TELEFON/EMAIL YANG DIDAFTARKAN.
6. PEMOHON WAJIB MENGHANTAR DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KE TALIAN WHATSAPP INI: 016-876 2679
7. SEBARANG PERMASALAHAN BOLEH BERHUBUNG MENERUSI WHATSAPP YANG DISEDIAKAN
https://donate.serantaumuslim.org.my/order/form/permohonankerusiroda