2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

BANTUAN TILAM, SELIMUT TEBAL, PEMANAS RUMAH, DIESEL DAN PEK MAKANAN TERUS DIAGIH KEPADA PELARIAN SYRIA

Serantau Muslim terus memberi agihan berupa keperluan musim sejuk kepada pelarian Syria di beberapa kem pelarian.

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan ini ialah kem pelarian Syria di Taanayel, Beeka, kem pelarian Syria di Arsal, Lebanon, dan kem pelarian Syria di Barelias, Lebanon.

Di kem pelarian Syria di Taanayel, Beeka sebanyak 331 keluarga menerima agihan tilam dan selimu tebal. Berikut merupakan pecahan mengikut kem pelarian di Taanayel.

1- Kem Al Haj, 48 keluarga
2- Kem Fattouch, 60 keluarga
3- Kem Al Shaymaa, 28 keluarga
4- Kem Al Rahman, 80 keluarga
5- Kem Al Mashtal, 28 keluarga
6- Kem Al Mokhtar, 33 keluarga
7- Kem Obeid, 20 keluarga
8- Kem Al-Nahar, 14 keluarga
9- Kem Rifaat, 20 keluarga

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan tilam dan selimut tebal

Manakala di Kem Pelarian Syria di Arsal, Lebanon pula sebanyak 278 keluarga telah menerima bantuan tilam dan selimut tebal.

1- Kem Zaza, 66 keluarga
2- Kem Abo Baker, 32 keluarga
3- Kem Al Morjan, 78 keluarga
4- Kem Al Abrar (kem ibu tunggal), 102 keluarga

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan tilam dan selimut tebal

Bagi agihan pemanas rumah, agihan dijalankan di kem pelarian Syria di Barelias, Lebanon dan seramai 186 keluarga menerima bantuan. Berikut adalah pecahannya:

1- Kem Al Awdi, 9 keluarga
2- Kem Araji Camp, 89 keluarga
3- Kem Al Romansi Camp, 29 keluarga
4- Kem Adam Camp, 54 keluarga
5- Keluarga miskin sebanyak 5 keluarga

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan pemanas rumah

Seterusnya ialah agihan bantuan 20 liter diesel untuk setiap keluarga. Kem yang menerima agihan ini ialah kem Pelarian Syria di Arsal, Lebanon dan sebanyak 189 keluarga telah menerima bantuan ini, iaitu di kem Al Al Abrar.

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan minyak diesel

Dalam minggu ini juga bantuan pek makanan turut diagihkan kepada 2 kem pelarian di Arsal, lebanon iaitu di kem Al-Shafak, 5 keluarga dan kem Al-Safa, 14keluarga.

Antara kem pelarian Syria yang menerima bantuan pek makanan asas

Serantau Muslim berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pelarian Syria di sana. Untuk maklumat lanjut, layari www.serantaumuslim.org.my atau untukmusyria.com.