Perdana Menteri Sri Lanka percaya insiden di hotel dan gereja ada kaitan dengan militan
COLOMBO, 24 April- Pengarah Keselamatan di Colombo Harbour memberi amaran bahawa terdapat trak dan sebuah van tidak dikenali membawa bahan letupan menuju ke sana.
Semua balai polis di ibu kota diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika polis memburu trak dan van tidak dikenali, dipercayai membawa bahan letupan.
Operasi pemburuan kini dijalankan di Colombo Harbour bagi sebarang ancaman
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe percaya ada beberapa militan yang memiliki bahan letupan masih bebas dan berkemungkinan banyak lagi serangan akan dilancarkan.
Serangan pada sambutan Hari Easter itu dikatakan ada kaitan dengan militan Daesh selepas kumpulan itu mendakwa bertanggungjawab di atas pengeboman yang meragut lebih 320 nyawa Ahad lalu.
Perdana Menteri Sri Lanka turut menyatakan agensi keselamatan yang memantau rakyat negara itu yang menyertai Daesh dan kini didakwa sudah kembali.
Sumber: Berita Harian