2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Kenyataan Media

Indonesia kutuk serangan bom di Sri Lanka

JAKARTA, 22 April – Indonesia mengutuk serangan bom yang menyasarkan gereja dan hotel di Colombo, Sri Lanka pada Ahad, lapor agensi berita Anadolu.

“Bagi pihak rakyat Indonesia, saya mengucapkan takziah dan bersimpati kepada rakyat dan kerajaan Sri Lanka serta semua keluarga mangsa,” kata Presiden Joko Widodo di twitternya.

Turut mengecam serangan itu, Setiausaha Agung Majlis Ulama Indonesia (MUI) Anwar Abbas yang menyifatkan ia perbuatan memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

“MUI mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang cedera. Kami berharap rakyat dan kerajaan Sri Lanka terus kuat dan bersatu menentang keganasan seperti itu,” kata Abbas dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau juga menyeru masyarakat dunia tidak mengaitkan serangan itu dengan mana-mana agama.

Sebanyak lapan letupan – enam berlaku Ahad pagi dan dua pada petang – dilaporkan di pinggir ibu kota Colombo.

Serangan menyasarkan gereja di bandar Kochchikade, Negombo dan Batticaloa serta Hotel Kingsbury, Cinnamon Grand dan Hotel Shangri La.

Setakat ini, angka kematian meningkat kepada 290 orang dengan lebih 500 cedera.

SUMBER :  BERNAMA