Kenyataan Media

PERDANA MENTERI ISRAEL RANCANG PERLUAS PENEMPATAN HARAM YAHUDI

 

BAITULMAQDIS, 27 Ogos – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan pembinaan ratusan rumah untuk pendatang haram Yahudi di lokasi serangan bom yang membunuh seorang remaja Israel di Tebing Barat.

 

Letupan bom di penempatan haram Dolev pada Jumaat lalu membunuh seorang remaja 17 tahun dan mencederakan bapa serta adiknya dalam kejadian dianggap sebagai serangan pengganas oleh tentera Israel.

 

Pihak berkuasa Israel menahan beberapa suspek penduduk Palestin tetapi memberitahu siasatan masih dijalankan.

 

Pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan memberitahu, dia mengarahkan rancangan untuk membina perumahan baru di Dolev dengan anggaran 300 unit kediaman.

 

Penyokong penempatan haram Yahudi sebelum ini sering berkata, tindak balas terbaik untuk serangan terhadap negara itu adalah dengan meluaskan penempatan haram.

 

“Kami akan memperkukuhkan asas dan menyerang musuh kami. Kami akan terus menguatkan dan membangunkan penempatan,” kata kenyataan itu.

 

[TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN SERANTAU MUSLIM, Akaun Maybank Islamik 5641 0042 3082]

 

Sumber: Harian Metro