Penjajahan ke atas Palestin kesilapan besar – Biden
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mendakwa, beliau sudah ‘menasihati’ Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa penjajahan ke atas Palestin satu kesilapan besar.
Biden berkata, satu-satunya cara bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel ialah dengan penyelesaian pertikaian dua negara itu.
Menurut kenyataan Biden yang dipetik dari Harian Metro bahawa dia sudah memberitahu Netanyahu bahawa dia tidak percaya perang akan berakhir sehingga penyelesaian dua negara dicapai.
Biden menjelaskan kepada Israel bahawa menduduki Gaza adalah satu kesilapan besar bagi mereka.
Sementara itu, menjawab tentang mesejnya terhadap tebusan pada minggu lalu, Biden menjelaskan, kenyataan itu bermaksud akan menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan tahanan itu.
Biden berusaha melakukan segala-galanya untuk membebaskan tebusan yang ditahan kumpulan pejuang Hamas di Gaza, namun tidak perlu menghantar tentera AS.
Biden berkata, dia sedang mengusahakan isu itu secara berterusan dan tidak akan berhenti sehingga semua tebusan termasuk seorang kanak-kanak AS berusia tiga tahun dibebaskan.
Ketika ini, Qatar menjadi pengantaraan antara Hamas dan pegawai Israel untuk membebaskan lebih 240 tebusan.