2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

PENGHANTARAN BAHAN API KE GAZA TERJEJAS AKIBAT SEKATAN ISRAEL

TEL AVIV, 26 JUN – Israel bertindak menyekat penghantaran bahan api ke Semenanjung Gaza melalui Karem Shalom, semalam. Kerem Shalom merupakan satu-satunya pintu sempadan untuk membawa masuk barangan dari dunia luar ke Gaza.

 

Langkah sekatan itu dikatakan bagi membendung serangan belon berapi yang didakwa diterbangkan dari kawasan Palestin ke wilayah didudukinya.

 

Dalam perkembangan sama, kementerian pertahanan Israel menyatakan pelepasan belon berapi itu menyebabkan kebakaran di sepanjang sempadan.

 

Tambah kementerian, arahan itu berkuatkuasa semalam sehingga ke suatu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.

 

Penghantaran bahan api ke Gaza diselia oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan dibiayai oleh Qatar.

 

Ia dipersetujui pada akhir 2018 sebagai sebahagian daripada perjanjian damai antara Israel dan pemimpin Hamas.

 

Bagaimanapun, rejim Zionis masih meneruskan pelbagai sekatan ke atas Gaza sejak lebih sedekad lalu.

 

Sumber: Berita Harian