2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
2470517 (1)
Uncategorized @ms

Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan di Gaza – Ketua WHO

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan pembunuhan beramai-ramai di Gaza mesti dihentikan di mana jumlah kematian rakyat Palestin kini meningkat kepada 20,000 orang.

Menurut Tedros Adhanom Ghebreyesus yang dipetik dari Sinar Harian, beliau mengatakan bahawa telah kehilangan kiraan berapa kali konflik di Gaza tidak boleh menjadi lebih mengerikan. Tetapi ia telah berlaku lagi.

Beliau berkata, jumlah mangsa yang terbunuh di wilayah yang dikepung dalam tempoh lebih dua bulan adalah “mengerikan” dan “mempersendakan umat manusia.”

“Kengerian itu tidak berkesudahan bagi mereka yang terperangkap dalam apa yang telah menjadi neraka di bumi,” kata Tedros.

Ketua WHO berkata, secara purata kira-kira 300 orang terbunuh setiap hari di wilayah yang dikepung itu.

Beliau berkata, sistem penjagaan kesihatan di Gaza semakin teruk apabila hanya sembilan daripada 36 hospital di wilayah itu berfungsi dengan tiada satu pun yang beroperasi di utara Gaza.

“Pembunuhan beramai-ramai mesti dihentikan. Kami memerlukan #CeasefireNOW,” kata Tedros.

Konflik antara Israel dan Hamas sejak 7 Oktober meragut nyawa lebih 20,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan pengusiran secara paksa penduduk dan kemusnahan besar-besaran.