2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

PEMANTAUAN KILANG ROTI DI TAL ABYAD, SYRIA

9 Nov 2021: Serantau Muslim kini giat merancang dan merealisasikan pengoperasian sebuah kilang roti di Syria.

Dalam gambar dibawah menunjukkan wakil Serantau Muslim sedang membuat pemantauan bangunan yang akan dijadikan kilang roti di Tal Abyad, Syria.

Gerak kerja seperti pembersihan dalam bangunan sedang dijalankan oleh wakil-wakil khas Serantau Muslim di sana.

Bukan itu sahaja, malah turut dilakukan ialah perancangan untuk pembelian mesin bagi pengeluaran roti sedang dibincangkan.

Ayuh sama-sama kita doakan ia menjadi kenyataan!

Ini bukan hanya memudahkan penduduk di sana mendapat bekalan makanan malah menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda agar kitaran kemiskinan tidak berulang lagi.

Apa pun sama-sama kita menadah tangan agar semua urusan pengoperasian kilang roti ini berjaya dengan izin-Nya dan untuk makluman semua projek kilang roti ini dibawah dana umum untukmusyria.com.

Tidak dilupakan, Serantau Muslim berterima kasih kepada semua penyumpang dan semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian di dunia dan di akhirat. Aamiin!