2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

PELARIAN SYRIA TERIMA BAJU SEJUK DARI SERANTAU MUSLIM

Serantau Muslim terus membantu pelarian Syria dengan memberikan voucher belian untuk pakaian sejuk di sana.

Dalam kempen untukmusyria.com tahun ini, Serantau Muslim telah menyediakan pelbagai barang keperluan yang diperlukan pelarian Syria di kem-kem pelarian yang didiami mereka. Antaranya ialah pemanas rumah, minyak diesel untuk digunakan sebagai bahan pembakar, tilam, selimut dan pakaian musim sejuk/jaket tebal.

Bagi agihan voucher pakaian, pelarian Syria ini bebas memilih pakaian sejuk untuk mereka pakai pada musim sejuk.

Sebanyak 250 keluarga telah menerima manfaat bantuan pakaian baju sejuk ini.

Serantau Muslim berharap bantuan ini dapat meringankan beban ketua keluarga di sana dan dapat memanaskan badan mereka ketika musim sejuk.

Berikut merupakan gambar-gambar semasa agihan diberikan.

Salah saeorang ibu telah mendapatkan pakaian untuk musim sejuk di kedai baju sejuk di sana
Sebahagian penerima bantuan yang sedang mendapatkan pakaian untuk musim sejuk di kedai baju sejuk