PELARIAN DI YAMAN MERAYU, MERINTIH, MENANGIS MINTA BANTUAN PERUBATAN
Ramai yang menangis, merintih, dan merayu. Mereka sanggup tunggu di tengah-tengah panas demi mendapatkan rawatan kesihatan.
Itulah suasana semasa Serantau Muslim menjalankan program Mobile Clinic di sebuah kem pelarian di Marib Yaman.
Apa yang menyedihkan, ada dari kalangan mereka tidak terpilih untuk mendapatkan rawatan kerana kami terpaksa menghadkan bilangan kerana jumlah mereka terlalu ramai.
Namun, kami cuba sedaya upaya dengan kekangan yang ada untuk memberi peluang kepada semua yang hadir untuk bertemu dengan doktor dan menerima ubat.
SM telah menaja pengoperasi klinik bergerak itu untuk tempoh beberapa hari. Dengan beberapa hari pun, ramai yang telah menerima manfaatnya.
Mereka tidak mampu untuk pergi ke hospital yang agak jauh daripada mereka. Pelarian-pelarian ini menghidap pelbagai penyakit, sememangnya menuntut kepada pemeriksaan kesihatan.
Bukan sahaja orang-orang tua, malah anak-anak kecil dan bayi berebut-rebut mahu mendapatkan rawatan.
Inilah realiti yang sedang berlaku di dalam negara Yaman yang ramai tidak tahu. Mereka terdesak untuk meneruskan kehidupan, mereka menjadi pelarian di dalam negara mereka sendiri.
Terima kasih atas sokongan anda, jom Kita Bantu Yaman.
www.untukmuyaman.com