2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB INGATKAN REJIM Z!ON!$, PENEMPATAN Y@HUD! LANGGAR UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa !$r@el secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa apabila memperluaskan penempatan haram Y@hudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Lapor Arab News, badan dunia itu menegaskan, penempatan tersebut tidak sah dan mendesak kerajaan baharu !$r@el menghentikan tindakan berkenaan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan Wakil PBB Ke Asia Barat, Tor Wennesland mengetengahkan Resolusi Majlis Keselamatan 2016 yang mengisytiharkan penempatan Y@hudi berkenaan tidak mempunyai kesahan undang-undang.

Resolusi itu menuntut rejim Z!oni$ menghentikan kerja-kerja meluaskan penempatan haram Y@hudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, tanah yang akan dimasukkan dalam tuntutan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Wennesland dalam taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai laporan setebal 12 muka surat oleh Guterres menyatakan, pihaknya ‘sangat bimbang’ dengan tindakan Israel menambah 540 unit penempatan haram Y@hudi di Har Homa, Baitulmuqaddis Timur selain menempatkan pos kawalan.

Beliau menegaskan, perkara itu juga tidak sah di bawah undang-undang !$r@el.