2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PBB GESA ROHINGYA DI PULAU BANGLADESH DIPINDAHKAN

DHAKA – Ratusan pelarian Rohingya yang diselamatkan kerajaan Bangladesh dan kini ditempatkan di sebuah pulau terpencil selepas bot dinaiki mereka terkandas di tengah lautan sejak berminggu lamanya, digesa dipindahkan ke kem pelarian sedia ada.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata rayuan itu ditujukan kepada Menteri Luar Bangladesh, AK Abdul Momen dalam sepucuk surat yang dikirimkan Jumaat lalu.

Ia berikutan keadaan sesak pulau yang terletak berdekatan sempadan Myanmar dikhuatiri menjadi tempat penularan wabak COVID-19.

Ratusan mereka itu diselamatkan pada awal bulan ini selepas terapung di tengah lautan dekat Teluk Benggala.

Bagaimanapun pihak berkuasa Dhaka berkata, mereka tidak dihantar ke kem di tenggara kerana dikhuatiri akan mengakibatkan jangkitan COVID-19 berikutan ada kalangan pelarian didakwa positif wabak itu.

Guterres berkata, berkata seramai 308 pelarian itu ditempatkan di Pulau Bhashan Char bukan saja terpencil tetapi berisiko dibadai ribut monsun yang kuat.

Katanya, mereka wajar dipindahkan ke kem berikutan tempoh kuarantin mereka sudah berakhir.

“Mereka dikatakan dikuarantinkan atas faktor kesihatan awam namun Dhaka patut memberi perlindungan seperti selayaknya mana-mana pelarian terima. sepatutnya mereka boleh bersatu dengan keluarga mereka di kem pelarian Cox Bazar,” kata Guterres dalam surat itu.

Menteri Luar itu bagaimanapun memaklumkan, beliau belum menerima surat itu dan mengatakan kerajaannya tiada tempat lain untuk menempatkan semua pelarian itu.

Sumber: Berita Harian