PANGSAPURI UNTUK RAKYAT SYRIA SEDANG DIBINA
5 Oktober 2021: Serantau Muslim sedang giat membina pangsapuri untuk rakyat Syria di Azzaz, Syria.
Alhamdulillah proses pembinaan pangsapuri ini makin rancak pembinaannya dan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Di sini juga disertakan gambar terkini pembinaan pangsapuri untuk penduduk Syria di bawah kempen waqaf.my, Serantau Muslim.
Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan rumah untuk umat Islam di Syria ini dapat disiapkan dengan jayanya agar ia dapat dimanfaatkan diisi keluarga saudara Islam kita di sana.
Jika ada di antara kita yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam projek wakaf seperti ini, layari waqaf.my atau layari www.serantaumuslim.org.my.
466