2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

PAKISTAN SERANG AFGHANISTAN, 5 TERBUNUH

JALALABAD (AFGHANISTAN) – Pasukan keselamatan Pakistan melepaskan tembakan di sebuah perkampungan timur Afghanistan, yang mengakibatkan membunuh sekurang-kurangnya lima penduduk terbunuh.

Tragedi itu berlaku semalam di daerah Sarkano dalam wilayah Kunar, sebuah kawasan yang pernah menjadi lokasi pertempuran antara sempadan kedua-dua negara.

Jurucakap gabenor Kunar, Abdul Ghani Mosamim, berkata pasukan keselamatan Pakistan yang sedang mendirikan pagar di sepanjang Garisan Durand melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaan keselamatan Afghanistan di Sarkano.

“Apabila pasukan Afghanistan bertindak balas, mereka (Pakistan) mula menggunakan meriam untuk menembak ke arah kampung di daerah Sarkano.

“Lima penduduk kampung terbunuh akibat serpihan peluru manakala 10 lagi mengalami kecederaan,” katanya.

Garisan Durand sepanjang 2,400 kilometer memisahkan sempadan kedua-dua negara, antaranya merentasi rumah dan masjid, yang menyaksikan pintu depan berada dalam Pakistan dan pintu belakang di Afghanistan.

Jurucakap polis wilayah Kunar, Farid Dehqan mengesahkan serangan berkenaan tetapi berkata, ia meragut nyawa enam penduduk dan mencederakan lapan yang lain.

Tambah beliau, beberapa peluru turut mendarat di Asadabad iaitu ibu negeri wilayah Kunar manakala tiada sebarang komen diperoleh setakat ini daripada pasukan keselamatan Pakistan.

Sumber: Berita Harian