2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMBANTUAN KECEMASANInfo Semasa

NGO SERANTAU MUSLIM SANTUNI ORANG BUKAN ISLAM

Melaka, 15 April – NGO Serantau Muslim hari ini yang diwakili oleh Pengerusi SM, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor bersama beberapa orang kakitangan sendiri telah turun padang dalam menyantuni mereka yang memerlukan di kawasan ladang sekitar Serkam, Melaka.

Dalam pada itu, SM dilihat bukan sahaja menyantuni orang Islam bahkan orang bukan Islam juga turut diberi perhatian. Alhamdulillah.

SM yang memahami masalah dan kekangan rakyat tempatan buat masa ini, sedikit sebanyak meringankan beban mereka kerana kebanyakannya tidak dapat meneruskan aktiviti harian di ladang berkenaan yang mana maklum ladang berkenaan merupakan sumber utama kepada pendapatan mereka sebelum ini.

Mesej yang turut disampaikan kepada para penerima adalah, ‘kami hanya perantaraan, semua ini Allah SWT yang beri”. Insha-Allah.

Teruskan bersama SM dalam membantu mereka yang memerlukan di luar sana sama ada di kawasan pedalaman mahupun di bandar-bandar besar.

Semoga segala kesulitan mereka yang sangat memerlukan dipermudahkan Allah SWT.

#TenangKit

#BantuanKecemasan.Com

#SerantauMuslim

#Covid-19