2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

NETANYAHU ARAH LEBIH BANYAK SERANGAN UDARA KE ATAS GAZA

BAITULMAQDIS, 25 Feb – Perdana Menteri Israel mengarahkan tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas wilayah Gaza yang dikepung.

Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan di media sosial semalam berkata, beliau membuat keputusan itu selepas bertemu dengan ketua agensi keselamatan Shin Bet, ketua majlis keselamatan nasional, menteri pertahanan dan ketua staf tentera.

Agensi berita Anadolu melaporkan jet tempur rejim menyerang sasaran Islamic Jihad di utara Gaza.

Pihak berkuasa di Gaza bagaimanapun dilaporkan berkata, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan akibat serangan Israel itu.

Tengah hari kelmarin, 14 roket dilaporkan dilancarkan dari Gaza ke Israel dengan 12 darinya dimusnahkan sistem pertahanan udara rejim.

Rejim Israel kemudiannya melancarkan serangan udara di sasaran Islamic Jihad di Syria dan Gaza, yang mengorbankan dua aktivis penentang, demikian menurut sumber tentera.

Sumber: AlHijrah Online