2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

MYANMAR HANTAR PULANG 800 TAHANAN ROHINGYA KE RAKHINE

SITTWE – Lelaki, wanita dan kanak-kanak minoriti Islam tanpa kewarganegaraan yang sekian lama ditindas adalah di antara 25,000 tahanan yang dibebaskan minggu lalu melalui pengampunan presiden sempena perayaan Tahun Baharu di Myanmar.

Kapal Angkatan Laut membawa kumpulan itu dari Yangon ke Rakhine, di mana kebanyakan minoriti Rohingya tinggal di bawah larangan pergerakan yang ketat yang dikecam Amnesty International sebagai “apartheid”.

Ketua Jabatan Imigresen negeri, Soe Lwin, berkata lebih 600 orang diturunkan di ibu negara Sittwe, sementara 200 lagi dibawa ke utara ke bandar bersempadan dengan Bangladesh.

Mereka akan dikuarantin,” tanpa memberikan maklumat lebih lanjut.

Pembebasan tahanan terbesar Myanmar itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19 di negara itu dengan desakan supaya tahanan berisiko rendah dibebaskan daripada penjara yang digambarkan oleh Human Rights Watch sebagai ‘sangat mengerikan dan kotor’.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengingatkan bahawa populasi penjara mudah terdedah kepada penyebaran wabak itu.

Myanmar hanya mempunyai 111 kes COVID-19 yang disahkan tetapi pakar khuatir bahawa jumlah itu sebenarnya jauh lebih tinggi kerana jumlah yang diuji rendah dan sistem penjagaan kesihatan negara itu yang kekurangan dana. 

Myanmar menerima tekanan untuk memberikan layanan baik kepada minoriti etnik Rohingya selepas tindakan ganas tentera pada tahun 2017 menyebabkan hampir 750,000 orang awam melarikan diri ke Bangladesh dan tuduhan pembunuhan beramai-ramai dikenakan terhadap negara itu di mahkamah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Negara itu harus memberikan laporan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bulan depan, berhubung usaha yang dilakukannya untuk melindungi golongan minoriti.

Ratusan etnik Rohingya ditangkap dan dituduh melakukan kesalahan imigresen dalam beberapa tahun terakhir selepas cuba melarikan diri dari Rakhine dan mencari perlindungan di negara lain.

Bagaimanapun, nasib etnik Rohingya kurang mendapat simpati di Myanmar, di mana mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin walaupun ramai yang menetap di negara ini sejak beberapa generasi.

Sumber: Berita Harian