2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

MASJID RAJA ISKANDAR 90% SIAP PEMBINAAN

07 Okt 2021 – Alhamdulillah, hasrat NGO Serantau Muslim untuk membina sebuah masjid sempena nama arwah Pengasas Serantau Muslim bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Sehingga semalam, masjid yang dinamakan sebagai Masjid Raja Iskandar yang terletak di Kg Watang Tambunan, Sabah telah menjangkau 90% pembinaannya.

Kini, masjid tersebut dalam proses akhir seperti kerja-kerja mengecat dan sebagainya.

Dimaklumkan juga oleh wakil Serantau Muslim di sana, semua bumbung masjid telah siap dipasang.

Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini tertakluk kepada keadaan cuaca dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menunggu proses matang vaksinasi para pekerja projek.

Diharapkan urusan para pekerja di sana dipermudahkan.

Bersama-sama ini dilampirkan gambar pembinaan masjid Raja Iskandar untuk rujukan para penyumbang dan orang ramai.

Ayuh sama-sama kita doakan kejayaan pembinaan masjid ini dengan jayanya agar ia dapat menjadi suatu kemudahan kepada orang ramai terutama umat Islam untuk melakukan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.

Kepada yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam projek wakaf seperti ini, layari waqaf.my atau layari www.serantaumuslim.org.my.