2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
3dd92123-b1cc-4733-9991-425eff8b7a3a.jpg
Info Semasa

Mandat operasi bantuan ke Syria berakhir, PBB makin cemas

GENEVA: Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penghantaran bantuan kepada kira-kira empat juta orang di Syria dari Turkiye tamat hari ini, ketika diplomat bergelut bagi memperbaharui perjanjian dengan Russia.

Menurut diplomat, Ireland dan Norway masih berusaha bagi mencapai tolak ansur namun undian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang dijalankan tidak memihak kepada mereka, mengakibatkan operasi bantuan terpaksa ditamatkan.

Pada 2020, mandat sama turut berakhir, namun diteruskan semula pada keesokannya hasil cubaan kelima majlis berkenaan.

Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths, berkata penyaluran bantuan termasuk makanan, perubatan dan perlindungan menjadi talian hayat penting dan berupaya mengakibatkan kematian jika tidak diteruskan.

Russia menggunakan kuasa veto bagi melanjutkan operasi itu selama setahun pada Jumaat lalu, namun gagal dalam usaha pembaharuan untuk tempoh enam bulan yang memerlukan 15 anggota UNSC untuk menerima resolusi baharu itu.

Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis berkata lanjutan tempoh enam bulan tidak mencukupi untuk kumpulan bantuan merancang dan melaksanakan operasi dengan berkesan.

Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, berkata tanpa pembabitan PBB, operasi keperluan 70 peratus makanan tidak akan tercapai.

“Seluruh generasi bakal terkesan, mendorong badan bukan kerajaan (NGO) meminta UNSC untuk terus berjuang menyelamatkan nyawa.

“Kami bekerja rapat dengan UNSC bagi mencapai kata sepakat,” ciapnya di Twitter.

Timbalan Duta Russia ke PBB, Dmitry Polyanskiy, membalas ciapan terbabit: “Tiada keperluan untuk berjuang, anda tahu perkara sebenar”.

Beliau berkata, Russia tidak berniat untuk menghentikan operasi terbabit, sebaliknya mahu ia lebih telus dan berkesan.

Russia mempertikai operasi bantuan PBB itu dan menyifatkan ia menyalahi kedaulatan serta integriti wilayah Syria.

Tegas Russia, bantuan seharusnya disalurkan dari dalam negara berkenaan, secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan bahawa ia mungkin dikawal oleh kerajaan.

Sumber: Berita Harian