2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
11515bb7-2747-4362-9888-19f273f69df5.jpg
Info Semasa

Majlis keselamatan PBB kecam insiden pengeboman masjid di Pakistan

KARACHI – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad mengecam ‘sekeras-kerasnya’ insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lepas yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, Daesh/ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Sumber: Sinar Harian