2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-12-07 at 11.18.31 AM (1)
Uncategorized @ms

Letusan Marapi: 23 pendaki disahkan maut

Jumlah kematian akibat letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat di Indonesia, meningkat kepada 23 dan kesemua mereka adalah pendaki.

Menurut berita Jerman, dpa yang dipetik dari Harian Metro, kesemua pendaki terbabit antara 75 individu yang mendaftarkan diri untuk mendaki Gunung Marapi, apabila ia tiba-tiba meletus pada petang Ahad, memuntahkan lava panas dan batu ke udara.

Ketua Polis Sumatera Barat, Suharyono berkata, 52 pendaki sudah diselamatkan dari destinasi popular bagi penggemar aktiviti pendakian itu.

Beliau berkata, sepasukan gabungan 300 anggota daripada pelbagai agensi masih mencari individu yang mungkin mendaki gunung itu tetapi tidak berdaftar.

“Berikut adalah kemas kini: Daripada 75 pendaki yang direkodkan, 52 pendaki berjaya diselamatkan, walaupun ada yang cedera ringan, parah dan sebagainya.

“Manakala, 23 lagi diisytiharkan meninggal dunia.

Beliau berkata, 23 mangsa adalah mereka yang diketahui keberadaannya dan angka kematian mungkin meningkat apabila operasi mencari dan menyelamat diteruskan.

Mnerusi petikan laporan AFP, turut diceritakan situasi panik dari seorang mangsa yang terselamat, Ridho, 22, selepas letusan bermula.

“Saya (turun gunung secara) zig-zag, turun sekitar 30 hingga 40 meter ke pos pendakian.

Menurutnya, letusan itu amat kuat.

“Letusan itu berbunyi kuat, saya menoleh ke belakang kemudian segera melarikan diri seperti semua orang. Ada yang melompat dan jatuh. Saya berlindung di sebalik batu, tidak ada pokok di sana.

Gunung Marapi adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia.

Kepulauan Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik yang mengelilingi Lautan Pasifik.

Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah pada 2018. Letusan paling dahsyat gunung berapi itu berlaku pada 1979 yang menyebabkan lebih 60 individu terbunuh.