2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
500ae894-d5f9-41c4-bc88-bdba197d0b6d.jpg
Info Semasa

Larang pemakaian tudung, Perancis langgar hak antarabangsa – PBB

GENEVA: Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mendapati Perancis melanggar perjanjian hak antarabangsa apabila negara itu melarang seorang wanita daripada memakai tudung ketika mengikuti kursus di sebuah sekolah.

Jawatankuasa terbabit memutuskan tindakan berkenaan melanggar Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik, susulan aduan difailkan pada 2016 oleh wanita warga Perancis yang dilahirkan pada 1977 itu.

Bagaimanapun, peguam wanita itu tidak mahu nama anak guam mereka disiarkan.

Wanita itu dilaporkan menjalani kursus latihan profesional untuk dewasa pada 2010, dan lulus temu duga serta ujian kemasukan.

Namun, pengetua sebuah sekolah tinggi di pinggir bandar Paris enggan membenarkannya memasuki premis itu berikutan larangan memakai simbol agama di kemudahan pendidikan awam.

“Melarang beliau daripada meneruskan penyertaan dalam kursus pendidikan yang diikutinya ketika memakai tudung, adalah sekatan terhadap kebebasan beliau dalam beragama, sekali gus melanggar perjanjian terbabit,” menurut jawatankuasa berkenaan.

Keputusan jawatankuasa itu diterima pakai pada Mac lalu, namun baru dihantar kepada peguam wanita berkenaan, semalam.

“Ini adalah satu keputusan penting yang menunjukkan Perancis mempunyai tugas yang perlu dilakukan dari segi hak asasi manusia, terutama dalam isu menghormati minoriti agama, khususnya komuniti Islam,” kata peguam wanita itu, Sefen Guez Guez, kepada AFP.

Sumber: Utusan