Lapan wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
GAZA – Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang selepas serangan udara Israel ke atas Gaza.
Memetik laporan Sinar Harian yang dinyatakan akhbar Palestin, selain lapan wartawan terbunuh, rumah tiga wartawan musnah dan sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza telah meningkat kepada 974 apabila tentera Israel menyerang ratusan sasaran di kawasan perumahan dan kawasan komersial, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu.
Serangan itu juga mencederakan 5,000 orang.
Israel juga telah memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan itu.
Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk hampir 2.2 juta orang, bergolak ekoran pengepungan Israel sejak 2007.