2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
admin@serantaumuslim.org.my
03-8408 1789
Info Semasa

Lagi rusuhan ganas penduduk Islam, Hindu di India

NEW DELHI: Satu lagi pertempuran antara penganut agama Hindu dan komuniti Islam berlaku ketika perarakan keagamaan berlangsung di sini kelmarin.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas insiden serupa berlaku di tiga negeri, menyaksikan sejumlah orang cedera, termasuk anggota polis.

Menurut beberapa saksi, rusuhan itu berlaku ketika penganut Hindu menyertai perarakan di Jahangirpuri di pinggir New Delhi.

Polis memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Kami masih mengenal pasti jumlah individu yang cedera dalam insiden itu,” kata seorang pegawai polis, Deependra Pathak.

Terdahulu, kumpulan penunjuk perasaan di sini melaungkan slogan menentang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi dengan menyatakan komuniti Islam menjadi sasaran kebencian dan diskriminasi.

Pada hujung minggu lalu, berlalu beberapa rusuhan ganas di tiga negeri menyebabkan pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung dan melarang perhimpunan dilakukan.

Selain itu, pihak berkuasa di negeri Madhya Pradesh turut merobohkan sejumlah rumah penduduk Islam sebagai ‘hukuman’ kepada mereka kerana didakwa mencetuskan kekecohan sehingga berlaku rusuhan.

Situasi serupa turut berlaku di negeri Gujarat, iaitu tempat asal Modi apabila pihak berkuasa merobohkan premis perniagaan milik individu yang didakwa terlibat dalam rusuhan sehingga menyebabkan kematian.

Parti pembangkang menuduh kumpulan nasionalisme Hindu di bawah Parti BJP pimpinan Modi yang mencetuskan kebencian terhadap komuniti Islam di negara ini.

Sumber: Utusan