2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-02-02 at 11.10.21 AM (1)
Uncategorized @ms

Kumpulan pertama kanak-kanak Gaza tiba di Itali untuk rawatan

Duta Palestin ke Itali, Encik Abeer Odeh, menekankan bahawa daya usaha kemanusiaan Itali, memberikan rawatan kepada lebih 100 kanak-kanak Palestin, harus dilengkapi dengan langkah yang berkesan dan kedudukan politik yang jelas, lapor Berita Harian Sg.

Ini termasuk menggesa Israel menghentikan tindakannya terhadap rakyat Palestin serta-merta dan mengiktiraf negara Palestin.

Jumlah yang cedera di Jaluran Gaza telah melebihi 67,000, yang membuktikan kebiadaban pendudukan Israel, katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mengulas mengenai kesediaan Italy menawarkan rawatan kepada kanak-kanak Gaza yang cedera parah dengan 11 daripada mereka selamat tiba di lapangan terbang tentera Ciampino Rom petang 29 Januari.

Sekiranya mereka masih berada di Gaza, rawatan amat sukar dan mungkin tidak mustahil boleh dilakukan.

Kanak-kanak itu menyeberangi sempadan ke Mesir dan dari sana menaiki pesawat menuju ke Itali. Bersama mereka juga seorang lelaki muda berusia lebih 18 tahun, lapor agensi berita, Wafa.

Mereka dirawat di hospital di Vatican, Hospital Gaslini di Genoa, Hospital Rizzoli di Bologna, dan Hospital Meyer di Florence.

Itali adalah negara Eropah pertama yang melancarkan operasi menyelamat antarabangsa untuk mangsa perang di Gaza.

Serangan udara dan darat Israel sejak perang meletus pada 7 Oktober, menyebabkan hanya 14 daripada 36 hospital berfungsi sebahagiannya, dengan sembilan di selatan dan enam di utara.

Menteri Luar merangkap Menteri Kerjasama Antarabangsa Italy, Encik Antonio Tajani, yang hadir di lapangan terbang Ciampino, berkata:

“Kami telah bekerja secara intensif dengan pihak berkuasa Israel, dengan pihak berkuasa Palestin, dan dengan pihak berkuasa Mesir. Kami memuktamadkan rundingan pada hari Khamis di Israel. Ia adalah komitmen yang telah kami buat.”

Encik Odeh turut melahirkan rasa terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan di Gaza.