2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KORONAVIRUS MELEBIHI TIGA JUTA KES DI PERINGKAT GLOBAL

ANKARA – Jumlah jangkitan koronavirus di peringkat global melepasi tiga juta kes pada 27 April, demikian menurut data Universiti Johns Hopkins.

Agensi berita Anadolu melaporkan data universiti itu menunjukkan 3,002,303 individu dijangkiti koronavirus dengan 208,000 maut.

Daripada jumlah itu, lebih 878,000 kes telah sembuh.

Amerika Syarikat kenal negara tertinggi jumlah jangkitan dengan hampir 973,000 kes. Ia juga merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 55,000 maut.

Lebih 5.4 juta ujian saringan koronavirus dilakukan di Amerika Syarikat.

Itali berada di kedudukan kedua dari segi jumlah kematian dengan lebih 26,900 kes diikuti Sepanyol dengan lebih 23,500 kes maut.

China, lokasi punca penularan virus, merekodkan sejumlah 4,637 kes kematian dengan hampir 84,000 kes jangkitan.

Koronavirus atau COVID-19 menular di sekurang-kurangnya 185 negara sejak ia mula merebak di Wuhan pada Disember lalu.

Sumber – Berita Al-Hijrah