WhatsApp Image 2024-02-09 at 4.18.10 PM
Uncategorized @ms

Konflik Palestin-Israel: Penduduk Tebing Barat diawasi kamera berputar

Penduduk bandar Hebron, Tebing Barat mendedahkan kehidupan dikawal ketat ketika askar Rejim Zionis memasang kamera pengawasan berputar di serata tempat bagi merakam setiap pergerakan mereka.

Seorang penduduk, Umm Nasser berkata dalam petikan laporan Kosmo, kawalan semakin ketat itu bermula sejak permulaan perang Israel-Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Secara psikologi, saya berasa letih,” akui wanita Palestin yang berusia 55 tahun itu.

Umm berkata, pengawasan menerusi kamera yang dipertingkatkan dengan teknologi kepintaran buatan (AI) menyukarkan kehidupan penduduk.

“Kami telah cuba meletakkan kepingan kayu atau kain pada kamera pengawasan untuk mengekalkan privasi namun, setiap kali dilakukan, askar-askar (Israel) membuangnya,” jelasnya.

Tambah Umm, askar Zionis turut mengambil kad pengenalan penduduk dan memberitahu bahawa mereka akan menggunakannya untuk sistem pengecaman wajah.

Teknologi pengecaman wajah digunakan oleh tentera Israel di samping pelbagai peralatan canggih di wilayah Palestin yang telah dijajah sejak 1967 itu.

Salah satu contoh adalah aplikasi Blue Wolf yang digunakan oleh askar-askar Rejim Zionis pada telefon bimbit mereka. 

Menerusi kaedah itu, tentera Israel merakam wajah rakyat Palestin yang kemudiannya diperiksa pada pangkalan data.

Setelah dipadankan, sistem tersebut akan menunjukkan sama ada orang yang gambarnya dirakam itu berada dalam senarai untuk ditangkap oleh pihak berkuasa Israel.

Menurut seorang pelajar kedoktoran yang pakar dalam teknologi AI dan hak-hak asasi manusia, Sophia Goodfriend, sistem itu adalah sebahagian daripada strategi penjajahan tentera Israel yang mudah. 

“Aplikasi itu bergantung kepada teknologi pengawasan automatik dan pada kebiasaannya, ia digunakan bersama sistem AI. Ia juga direka untuk mengurangkan interaksi antara askar Israel dengan rakyat Palestin,” kata Goodfriend kepada agensi.