2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2024-01-24 at 6.03.57 PM
Info Semasa

Konflik Israel-Palestin: Kebimbangan pelepasan karbon meningkat

Peperangan Israel-Palestin yang berlarutan hampir empat bulan menyebabkan tahap kebimbangan berhubung kesan terhadap alam sekitar terutama pelepasan karbon semakin meningkat.

Kajian terkini diterbitkan Social Science Research Network, berjudul ‘Pelepasan Gas Rumah Hijau akibat Konflik Israel-Gaza’ mendedahkan anggaran pelepasan karbon dua bulan pertama peperangan itu lebih besar berbanding kadar tahunan bagi 20 negara dan wilayah.

Data yang dikongsikan secara eksklusif akhbar The Guardian itu juga menunjukkan keseluruhan pelepasan karbon mencapai 281,315 tan karbon dioksida sepanjang dua bulan pertama konflik terbabit.

Ia termasuk pelepasan daripada bedilan bom, roket, dan artileri serta kargo yang menghantar bekalan peluru.

Kajian sama turut mendapati, pelepasan gas rumah hijau bagi 60 hari pertama konflik itu ‘hampir setara dengan 75 loji jana kuasa arang batu yang beroperasi selama setahun’.

Kerja-kerja pembinaan semula Gaza juga dijangka muncul sebagai sumber pelepasan signifikan pada masa depan.

Berdasarkan kajian itu, ‘kos karbon bagi pembangunan semula Gaza sangat besar, dijangka membabitkan jumlah pelepasan tahunan lebih tinggi berbanding lebih 130 negara, sekali gus menjadikannya setanding dengan New Zealand’.

Pengarang utama Inisiatif Pengiraan GHG Peperangan, iaitu kumpulan pakar yang mengkaji impak iklim perang Ukraine, Lennard de Klerk, berkata konflik di Gaza mengakibatkan kemusnahan bangunan berskala besar, termasuk kediaman, komersial dan struktur awam dengan semuanya perlu dibina semula.

Beliau yang merujuk laporan berkenaan berkata, kira-kira 80 peratus bangunan di Gaza City rosak atau hancur sepenuhnya.

“Gaza dijangka menerima impak terbesar bagi kerja pembinaan semula kerana proses ini memerlukan ‘banyak simen dan keluli’, dihasilkan menggunakan karbon yang tinggi,” katanya.