2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
WhatsApp Image 2023-10-13 at 9.44.37 AM
Info Semasa

Ketua PBB gesa tindakan, cegah konflik Israel-Gaza merebak

NEW YORK – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres pada Rabu memberi amaran terhadap konflik Israel-Gaza pada ketika ini akan merebak.

“Kita mesti mengelak konflik ini merebak. Saya bimbang tentang insiden berbalas serangan baru-baru ini di sepanjang Blue Line (garis sempadan antara Israel dan Lubnan) dan serangan yang dilaporkan baru-baru ini dari selatan Lubnan,” lapor Sinar Harian, memetik ucapan Setiausaha PBB.

“Saya merayu kepada semua pihak – dan mereka yang mempunyai pengaruh ke atas pihak tersebut – untuk mengelakkan ketegangan dan konflik itu merebak.”

Orang awam mesti dilindungi sepanjang masa. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati dan dipertahankan, kata ketua PBB itu.