WhatsApp Image 2024-11-29 at 10.12.18 AM
Uncategorized @ms

KERJASAMA STRATEGIK SERANTAU MUSLIM – ONSUR

Serantau Muslim telah mengadakan pertemuan sulung bersama International Association for Relief and Development (ONSUR) sempena World Humanitarian Summit: Gaza The Day After di Istanbul, Turkiye.

Pertemuan ini diketuai oleh Pengerusi Serantau Muslim, Kapten Bersekutu (PA) Ustaz Hakim Mohd Nor bersama Ketua Pegawai Eksekutif ONSUR, Ir Hamza El Abdulla telah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama dalam pelaksanaan bantuan kemanusiaan di negara-negara memerlukan, terutamanya Syria.

Walaupun dunia kini tertumpu kepada nasib umat Islam di Gaza, Serantau Muslim terus komited bergerak seiring membantu umat Islam di Syria yang masih bergelut dengan kesusahan, terutamanya dalam menghadapi musim sejuk yang mencabar.

Dalam perbincangan tersebut, Serantau Muslim menegaskan bahawa fokus bantuan bukan sekadar berbentuk ‘one-off’, tetapi perlu merangkumi aspek pembangunan kepimpinan dan jati diri masyarakat setempat. Pendekatan ini penting bagi memastikan komuniti yang dibantu dapat bangkit semula membina kehidupan yang lebih baik.

Serantau Muslim yakin kerjasama strategik dengan ONSUR akan dapat dilaksanakan dengan cekap dan amanah, seiring dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”