2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

KERJA-KERJA AKHIR PEMBINAAN MASJID RAJA ISKANDAR BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah pembinaan Masjid Raja Iskandar Kampung Watang Tambunan di Sabah bakal siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Sehingga Rabu (semalam), kerja-kerja akhir untuk menyiapkan masjid di Kg Watang ini berjalan lancar walaupun keadaan sekarang agak menduga kerana cuaca yang tidak menentu.

Buat makluman saudara saudari sekalian juga, kerja-kerja akhir seperti pemasangan mozek dan proses kekemasan sedang dilakukan ketika ini.

Dalam perkembangan yang sama, makluman awal tentang majlis perasmian masjid ini bakal diadakan pada Disember 2021, Insha-Allah.

Bagi mereka yang ingin bersama-sama Serantau Muslim dalam pembinaan masjid ini, layari waqaf.my atau www.serantaumuslim.org.my.