Kenyataan Media 26 September 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”ISU KEMANUSIAAN DI MYANAMR PERLU DIBAHAS DALAM PERSIDANGAN SOMTC” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Senior Officaials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) atau Mesyuarat Peringkat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan merupakan sebuah pertemuan antara negara anggota ASEAN dan membincangkan isu-isu jenayah yang berlaku di sempadan negara-negara ASEAN. Ia diadakan setiap dua tahun sekali.
Tahun ini persidangan SOMTC telah menjadikan Kementerian Dalam Negeri, Malaysia sebagai tuan rumah. Persidangan tersebut bermula sejak 23 September sehingga 28 September 2018. SOMTC pada tahun ini telah diadakan di Putrajaya, Kuala Lumpur untuk kali ke-18.
SOMTC ke-18 juga merupakan mesyuarat peringkat pegawai kanan ASEAN yang telah dibentuk di bawah Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan atau ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC).
AMMTC merupakan pertemuan peringkat Menteri yang khusus membahas isu-isu jenayah rentas sempadan di ASEAN sekali gus membuat sesebuah keputusan yang konkrit terhadap langkah membanteras jenayah yang berlaku di sempadan negara ASEAN. Pertemuan ini pertama kali AMMTC telah diadakan pada tahun 1997.
Dalam pertemuan antara negara ASEAN itu, fokus utama SOMTC adalah membincangkan dan merancang pelan strategi serta tindakan yang komprehensif dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN untuk membanteras jenayah rentas sempadan dan SOMTC ini telah menggariskan 10 bidang utama jenayah.
Terdapat tiga isu yang menjadi objektif Malaysia dalam persidangan kali ini. Antaranya ialah isu jenayah penyeludupan manusia, aktiviti perlanunan di laut dan penggubahan wang haram manakala selebihnya yang dibahaskan dalam persidangan enam hari ini ialah isu keganasan, pemerdagangan orang, jenayah siber, penyeludupan dadah, jenayah ekonomi antarabangsa, penyeludupan senjata api serta hidupan liar dan balak.
Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Seri Alwi Hj Ibrahim kali ini diharap bakal membawa kerjasama yang lebih komprehensif dalam kalangan anggota Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) yang terdiri daripada 10 buah negara dari Asia Tenggara.
Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM sangat mengalu-alukan konsep jenayah rentas sempadan sebegini namun diharap ia tidak hanya terhad kepada isu jenayah tertentu sahaja. Terdapat banyak lagi isu yang mungkin tidak disedari sesetengah pihak misalnya isu kemanusiaan yang berlaku di Myanmar iaitu etnik Rohingya yang ditindas dan dilayan dengan begitu kejam oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Krisis yang berlaku di Myanmar juga boleh dikategorikan sebagai jenayah antarabangsa dan perlu ditangani serta dibahas oleh negara anggota ASEAN seiring dengan tujuan matlamat penubuhan negara-negara ASEAN iaitu untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan perkembangan kebudayaan negara-negara anggota, meningkatkan perdamaian dan keseimbangan di peringkat wilayah negara, serta mengemukakan perbezaan atau perbahasan dalam kalangan anggota dengan aman.
Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM menyarankan kerajaan Malaysia agar mengusulkan isu jenayah kemanusiaan Rohingya di SOMTC. Hal ini kerana Amerika Syarikat, Kanada dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah pun mengisytiharkan kekerasan Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai. Ia turut dibuktikan melalui kajian yang dijalankan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
SERANATU MUSLIM menyarankan jenayah tanpa sempadan ini perlu dimulakan dengan tindakan terhadap enam Jeneral Tentera Myanmar iaitu Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing; Naib Ketua Pemerintah Tentera, Soe Win; pegawai tentera, Jeneral Aung Kyaw Zaw, bekas ketua pemerintah Barat, Mejar Jeneral Maung Soe; Brigadier Jeneral Aung Aung dari Division Infantri ke-33 dan Brigadier Jeneral Than Oo dari Divisyen Infantri ke-99. Kesemua pegawai tersebut menurut PBB bertanggungjawab melakukan kekejaman ke atas etnik Rohingya sehingga memaksa lebih dari 700,000 etnik Myanmar melarikan diri ke Bangladesh.
Selain itu, laporan setebal 20 halaman melalui siasatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) turut mendapati tentera Myanmar telah melaksanakan kempen pembunuhan beramai-ramai, serangan seksual, rogol dan kekejaman yang dirancang begitu teliti.
Ingin ditegaskan bahawa SERANTAU MUSLIM sangat peduli terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sekitar negara-negara Asia Tenggara.
SERANTAU MUSLIM berharap ia dapat diberi perhatian segera kerana krisis yang berlaku di Myanmar ini telah memberi kesan kepada Malaysia yang mana Malaysia terpaksa menerima hampir 140 ribu pelarian Rohingya.
Bukan sahaja Malaysia, malah negara ASEAN lain juga terbeban dengan isu pelarian ini. Antaranya Indonesia dan Thailand juga terpaksa menerima minoriti Islam yang ditindas ini. Jika dilihat di Bangladesh pula, Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque dan Perdana Menterinya, Sheikh Hasina turut menggesa krisis kemanusiaan di Myanmar perlu ditamatkan segera dengan menerima etnik terniaya itu secara bermaruah. Hal ini kerana kepadatan pelarian Rohingya di Bangladesh semakin bertambah berikutan penangguhan yang dilakukan Myanmar sejak setahun yang lalu.
SERANTAU MUSLIM yakin isu etnik Rohingya ini adalah isu besar dan ia telah membuka mata sesetengah negara untuk membantu etnik teraniaya ini. Ia diakui sendiri oleh negara yang mempunyai besar di dunia iaitu Amerika Syarikat. Semalam, Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa tambahan dana bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dan Myanmar sebanyak AS$389 (RM1.6 bilion) bagi menampung perbelanjaan harian pelarian tersebut.
SERANTAU MUSLIM juga melihat Malaysia tidak kurang hebatnya dalam membantu etnik Rohingya. Usaha yang dilakukan Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohammad bin Sabu dalam pertemuan bersama rakan sejawat beliau, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat TYT James N. Mattis sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan kemelut kemanusiaan di Myanmar dilihat salah satu usaha dan bukti bahawa Malaysia begitu komited untuk menyelesaikan isu kemanusiaan ini.Justeru, SERANTAU MUSLIM berharap Kerajaan Malaysia tidak gusar untuk mengusulkan isu ini dihadapan perwakilan negara ASEAN yang mana turut dihadiri Myanmar kerana isu ini bukan lagi menjadi rahsia kerana ia merupakan isu sejagat.
Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM
26 September 2018