Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 24 September 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KANADA SEBULAT SUARA SAHKAN TENTERA MYANMAR MELAKUKAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ETNIK ROHINGYA” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM menarik lafaz lega selepas melihat keputusan sebulat suara yang dibuat Ahli Parlimen Kanada baru-baru ini yang mana telah mengisytiharkan tindakan kekerasan Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai dan ia telah disahkan oleh kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

SERANTAU MUSLIM juga menyokong tindakan Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah memulakan siasatan terhadap kerajaan junta Myanmar berhubung pengusiran dan jenayah kemanusiaan terhadap etnik Rohingya pada minggu lalu. Ditambah pula dengan sokongan padu dari semua ahli Parlimen Kanada ini, ia akan menguatkan lagi dakwaan terhadap komander tentera Myanmar.

Sebelum ini, SERANTAU MUSLIM melihat kerajaan Myanmar sengaja menimbulkan pelbagai helah bagi mengelak negara tersebut tidak disiasat oleh penyiasat luar, namun dengan tindakan berani Kanada dan PBB ini, kerajaan Myanmar bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

SERANTAU MUSLIM berharap usaha sebegini dapat mengurangkan sedikit penderitaan etnik Rohingya yang dianiayai kerana bakal mengheret pesalah di negara Myanmar ke muka pengadilan susulan insiden jenayah kemanusiaan yang mana telah melanggari undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM turut melahirkan rasa terkilan terhadap sesetengah negara Islam yang lain kerana masih ramai tidak mengambil kisah dengan berdiam diri dan memandang enteng kesusahan yang dihadapi minoriti Islam di Myanmar ini. Hal ini sangat menyedihkan kerana diibaratkan mereka tiada sedikit pun perasaan bersalah walaupun saudara se-Islam mereka dianiaya dan disakiti oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehinggakan negara bukan Islam telah mengambil isu ini sebagai isu sejagat yang perlu diselesaikan segera.

SERANTAU MUSLIM juga ingin memuji sikap negara yang mempunyai iklim empat musim ini kerana tampil dengan tegas untuk menyelesaikan isu yang dihantui etnik Rohingya sejak berdekad lalu. SERANTAU MUSLIM turut berharap keputusan Parlimen Kanada ini akan diikuti oleh negara-negara maju yang lain, terutamanya negara Islam.

SERANTAU MUSLIM juga mendoakan impian yang diimpikan etnik Rohingya untuk membina sebuah komuniti yang berjaya juga akan dicapai suatu masa kelak walapun ia bukannya suatu perkara yang mudah.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2351″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]