Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 23 Julai 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”Kenyataan Media SERANTAU MUSLIM
23 Julai 2018
MINORITI PENDUDUK ARAB SEMAKIN DITINDAS DENGAN UNDANG-UNDANG APARTEID ISRAEL” font_container=”tag:h2|text_align:center” use_theme_fonts=”yes” custom_letter_spacing=””][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”1810″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) melahirkan rasa kecewa dan marah dengan pengumuman undang-undang baharu oleh Israel selepas ulang tahun ke-70 penubuhannya yang mengisytiharkan hanya golongan Yahudi memiliki hak menentukan nasib mereka di tanah air.

Rejim Zionis mengukuhkan cengkamannya di wilayah-wilayah yang diduduki apabila Knesset iaitu Parlimen bagi negara haram Israel meluluskan rang undang-undang (RUU) kontroversi yang mentakrifkan Israel sebagai negara kepada bangsa Yahudi. Rang undang-undang (RUU) itu telah menimbulkan kebimbangan kerana mendorong kepada isu diskriminasi terang-terangan kepada etnik Arab. Secara tidak langsung, bahasa Arab juga telah digugurkan sebagai bahasa rasmi dan hanya meletakkan sebagai bahasa istimewa sahaja.

Petikan media 20 Julai menyatakan bahawa anggota minoriti Arab menyifatkan tindakan Israel ini adalah perkauman dan menyamai apartheid. Undang-undang negara itu disokong kerajaan sayap kanan yang diluluskan dengan undian 62-55 dan dua berkecuali dalam Parlimen 120 anggota selepas berlakunya pertengkaran politik yang lama. Menurut Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, perkara ini merupakan saat penentuan dalam catatan Zionisme dan sejarah negara Israel. Dalam pada itu, terdapat sesetengah pembuat dasar Arab menjerit dan mengoyakkan kertas selepas undian dibuat.

Seperti yang kita tahu, dasar aparteid yang bersifat menyisihkan antara satu penduduk dengan penduduk yang lain adalah sangat tidak harus dilakukan kerana akan mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang dan mungkin pertelingkahan yang sengit akan terus berlanjutan. Misalnya keadaan yang berlaku pada tahun 1948 sehingga tahun 1990-an yang mana dasar pemisahan ini dibentuk dan dilaksanakan sewaktu pemerintahan Hendrik Verwoerd, Perdana Menteri negara Afrika Selatan ke-7 yang mana ketika itu telah mengundang banyak konflik kerana keperbezaan dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi, sosial, pendidikan mahupun kebudayaan.

Ekoran daripada pengumuman RUU Isarel baharu yang menyerupai dasar apartheid ini, SERANTAU MUSLIM mengecam tindakan Israel ini sekeras-kerasnya kerana mereka tidak menghiraukan nasib minoriti bangsa lain yang berada di negara itu walaupun menurut mereka, Israel mempunyai kuasa ekslusif untuk penentuan nasib negara yang berada di dalamnya.

SERANTAU MUSLIM merasa bimbang dengan keadaan yang bakal berlaku terhadap 1.8 juta minoriti penduduk Arab yang mungkin berdepan dengan diskriminasi yang lebih teruk.

Di sudut lain, SERANTAU MUSLIM berharap pejuang Hamas yang dipimpin oleh Ismail Haniya dapat bersatu dengan pertubuhan pembebasan Palestin, Fatah yang diketuai Presiden Palestin Mahmoud Abbas agar nasib penduduk di Semenanjung Gaza akan lebih terbela dan penderitaan kemanusiaan di sana akan berkurangan.

Justeru, SERANTAU MUSLIM ingin menyeru umat Islam seluruhnya agar tidak berpecah belah dek masalah kecil kerana tanpa perpaduan, kita akan lemah dan mudah diserang oleh musuh-musuh Islam. SERANTAU MUSLIM amat berharap 20 peratus minoriti penduduk Arab yang berada di wilayah taklukan Israel akan mendapat perhatian dunia sewajarnya rentetan pengumuman Israel ini dan orang ramai juga boleh terus ke untukmupalestin.com dan untukmusyria.com untuk membantu mereka yang memerlukan di negara bergolak itu.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]