Kenyataan Media 21 Ogos 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”TEKNOLOGI TERKINI MEMUDAHKAN URUSAN JEMAAH HAJI DI TANAH SUCI” font_container=”tag:h1|text_align:center”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM memuji aplikasi yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi sekali gus telah memudahkan jemaah haji tahun 2018 bermula daripada untuk merancang perjalanan sehinggalah mendapatkan tips penjagaan perubatan.SERANTAU MUSLIM melihat banyak aplikasi terkini yang boleh digunakan jemaah haji bagi membantu mereka sepanjang berada di tanah suci. Antara aplikasi yang boleh dimuat turun oleh jemaah dan bakal haji kini ialah aplikasi Asefny, Manasikana, Makkah Madina, AlMaqsad dan sebagainya yang sesuai untuk dhuyuffurRahman.
Selain itu, SERANTAU MUSLIM juga memuji aplikasi Manasikana yang dilancarkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi baru-baru ini. Aplikasi ini sangat baik kerana dapat membantu jemaah yang berada di Mekah yang tidak tahu berbahasa Inggeris dan Arab. Aplikasi ini juga dapat membantu jemaah mengenalpasti lokasi masjid terdekat, jarak satu tempat ke tempat yang lain dan waktu solat apabila berada di Mekah serta kawasan sekitarnya.
SERANTAU MUSLIM merasa bangga dengan wujudnya aplikasi seperti ini yang diperkenalkan dan juga kerjasama yang baik antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia menunjukkan bahawa kerajaan Arab Saudi mengiktiraf aspek pengurusan dan kepakaran Malaysia dalam mengendalikan jemaah haji. Tabung Haji Malaysia sememangnya terkenal dan diketahui umum mempunyai pengalaman luas menguruskan jemaah Haji. Teknologi seperti ini sangat membantu jemaah Haji terutama yang pertama kali menjejaki di tanah suci, Mekah.
SERANTAU MUSLIM juga melihat aplikasi untuk jemaah haji sangat penting diperkenalkan kerana ia boleh mengelakkan berlakunya kejadian jemaah tersasar atau sesat, dan amaran awal jika berlaku kejadian tidak diingini seperti insiden kren terjatuh, tiga tahun yang lalu.
SERANTAU MUSLIM berharap dengan kecanggihan teknologi masa kini, jemaah haji dan bakal jemaah haji dapat memanfaatkannya sebaik mungkin agar membantu dan memudahkan urusan haji mereka dan mengurangkan masalah-masalah sampingan yang lain. Mudah-mudahan mereka beroleh haji yang mabrur.
“Persaudaraan Rentas Sempadan”
Nurul Suhadah Shuib
AJK Hal Ehwal Wanita & Kebajikan
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2336″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]