Info SemasaKenyataan Media

KENYATAAN MEDIA 20 DISEMBER 2018

[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”SERANTAU MUSLIM UCAP TAHNIAH KEPADA YDP DAN TIMBALAN YDP YADIM ” font_container=”tag:h1|font_size:33|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Timbalan Yang Dipertua Yadim, Zolkharnain Abidin yang memulakan tugas secara rasmi mereka hari ini.

SERANTAU MUSLIM difahamkan pelantikan kedua-dua pemimpin baharu YADIM adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan YADIM yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua YADIM dan Timbalan Yang Dipertua adalah dibawah keputusan Perdana Menteri.

Secara rasminya, Nik Omar Nik Abdul Aziz menjadi Yang Dipertua YADIM ke-13 sejak penubuhan Yadim ada tahun 1974. Nik Omar Nik Abdul Aziz dilihat telah menggantikan Dr. Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober lalu dan Zolkharnain Abidin menggantikan Mohd. Zaidi Ramli yang bertukar ke Jabatan Agama Negeri Sembilan.

SERANTAU MUSLIM berharap agenda dakwah akan lebih dinamik dan pemerkasaan metodologi semasa sesuai dengan Islam sebagai agama kebajikan dan adil untuk semua hamba-Nya yang merentasi agama dan kaum.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]