Kenyataan Media

Kenyataan Media 19 September 2018

[vc_row][vc_column][helpme_fancy_title tag_name=”h1″ size=”30″ letter_spacing=”1″ font_family=”none” align=”center”]ADAKAH PERDANA MENTERI BAHARU PAKISTAN AKAN MEMBAWA SINAR KEPADA PELARIAN AFGHANISTAN DAN BENGGALI?

[/helpme_fancy_title][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob

Baru-baru ini, Pakistan telah menerima Perdana Menteri yang baharu iaitu Imran Khan yang dipilih sebulat suara oleh ahli parlimen Pakistan.

Imran Khan yang juga merupakan bekas pemain kriket kebangsaan telah meraih sebanyak 176 undian sekali gus telah mengalahkan lawannya, Shahbaz Sharif, pemimpin Parti Liga Muslim Pakistan -N (PML-N).

Dalam kemenangan yang diterima itu, Imran Khan selaku kepala pemerintah negara tersebut telah berjanji untuk menganugerahkan taraf kerakyatan kepada pelarian Afghanistan dan Benggali dan sekali gus akan mengiktiraf hak terhadap pelarian tersebut yang mana telah berpuluh tahun menjadi pendatang ke negara Pakistan.

Jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan Biro Statistik Pakistan Negara Pakistan pada tahun 2017, seramai 208 juta penduduk telah mendiami Pakistan.
Dalam kedudukan penduduk teramai di dunia pula, Pakistan berada ditangga keenam selepas Brazil. Manakala berdasarkan kajian CIA World Factbook pada tahun 2017, Pakistan mempunyai keluasan 796.095 km2 dan kira-kira 275 orang per kilometer persegi.

Jika pendiktirafan hak ini diberikan kepada pelarian Afghanistan dan Benggali, SERANTAU MUSLIM melihat kepadatan penduduk turut bertambah di negara Pakistan.

Difahamkan seramai 1.4 juta pelarian Afghanistan yang berada di negara itu sejak 1979 selepas pencerobohan Soviet dan mereka semua telah berdaftar dengan kerajaan Pakistan. Manakala seramai 250,000 pelarian Benggali telah berhijrah ke Pakistan selepas insiden perang saudara pada tahun 1971.

SERANTAU MUSLIM melihat situasi ini memerlukan sumber ekonomi yang kukuh bagi memenuhi pelbagai kemudahan dan tuntutan untuk semua penduduk Pakistan. Hal ini kerana setiap warganegara berhak menuntut kebajikan mereka dari sudut pendidikan, keselamatan, kesihatan dan sebagainya yang diperlukan mereka pada akan datang.

Walau bagaimanapun, SERANTAU MUSLIM merasakan penganugerahan dan pengiktirafan yang bakal diberikan oleh Perdana Menteri Baharu Pakistan ini adalah satu langkah yang baik kerana dapat mengurangkan diskriminasi antara bangsa dan mengurangkan jurang perbezaan antara setiap manusia itu sendiri, namun ia harus diperhalusi secara holistik agar tidak berlaku keciciran dalam setiap aspek.

SERANTAU MUSLIM berharap agar hasrat Pakistan ini dapat diteladani oleh negara lain untuk menyelamatkan saudara etnik Rohingya di Myanmar dan rakyat Syria yang sedang diratah serta konflik yang dihadapi umat Palestin yang tiada jalan penyelesaian sehingga kini.

SERANTAU MUSLIM ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas hasrat murni kerajaan Pakistan yang diterajui Perdana Menteri Baharu, Imran Khan.

Didoakan pelarian Afghanistan dan Benggali yang bakal mendapat pengiktirafan kerajaan Pakistan sebagai warganegara akan mendapat sinar harapan yang baharu untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka bersama generasi akan datang dan semoga keadaan di Pakistan akan aman dan makmur dengan bertambahnya populasi penduduk di sana.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”

• Penulis adalah merupakan Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2326″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]