2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 11 Januari 2019

SERANTAU MUSLIM SANJUNG KENYATAAN PM DAN MALAYSIA TAK BENARKAN ATLET ISRAEL SERTAI ACARA SUKAN DI MALAYSIA

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (SERANTAU MUSLIM) ingin menyanjung terhadap usaha Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Isarel masuk ke negara ini untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan diadakan di Kuching, Sarawak Julai sehingga Ogos tahun ini.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir menyatakan bahawa adalah satu kesalahan jika Israel tetap berdegil untuk menyertai kejohanan tersebut.

SERANTAU MUSLIM melihat tindakan ini adalah wajar kerana ia sejajar dengan dasar yang dipegang oleh kerajaan Malaysia selama ini dengan menyekat kemasukan mereka yang memegang pasport Israel.

Dalam pada itu, SERANTAU MUSLIM merasakan tindakan tegas kerajaan Malaysia ini wajar dicontohi oleh segenap dunia demi menyatakan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin dan sekali gus membantah kekejaman Israel terhadap mereka di sana.

Justeru, SERANTAU MUSLIM berharap tindakan seperti ini dapat memberi tekanan kepada Israel agar tidak meremehkan soal hak asasi manusia.

‘Persaudaraan Rentas Sempadan’

Dr Raja Ahmad Iskandar bin Raja Yaacob
Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.