Kenyataan Media 03 Oktober 2018
[vc_row][vc_column][vc_custom_heading text=”KEADAAN DI PALU INDONESIA SANGAT MERUNTUN JIWA” font_container=”tag:h1|font_size:30|text_align:center” use_theme_fonts=”yes”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa sedih atas kejadian yang tidak diingini di Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia. Penduduk di sana telah dikejutkan dengan kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 skala Richter dan tsunami setinggi tiga meter di pantai Palu. Kejadian alam yang berlaku pada Jumaat lalu itu telah menggoncangkan Sulawesi Tengah dan menyebabkan lebih 800 orang kehilangan nyawa.
SERANTAU MUSLIM difahamkan ramai penduduk terpaksa keluar dari kawasan tersebut ekoran kekurangan bekalan asas untuk diguna. Kemudahan-kemudahan awam seperti jalan raya, sekolah dan bekalan elektrik juga tidak dapat diakses.
SERANTAU MUSLIM melihat ratusan penduduk yang terselamat terpaksa tidur di landasan kapal terbang akibat kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan situasi di lapangan tersebut menjadi huru-hara. Keadaan ini juga menyebabkan penerbangan dari Lanud AU Makassar terpaksa dihentikan kerana orang ramai turut berebut-rebut ingin keluar dari Palu dan hanya bantuan kemanusiaan sahaja boleh beroperasi.
SERANTAU MUSLIM juga merasakan keadaan Palu kini berada dalam keadaan yang sangat parah kerana mayat mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu ada di mana-mana walaupun proses menyelamat masih diteruskan. Keadaan ini mungkin mendedahkan penduduk terselamat dengan masalah kesihatan lain jika mayat-mayat tersebut tidak diurus dengan cepat.
Pada masa yang sama, SERANTAU MUSLIM turut dikhabarkan penduduk yang masih berada di sana tidak mendapat bekalan makanan, air bersih dan lain-lain kemudahan harian kerana laluan darat, laut dan udara masih tergendala. Keadaan ini dikhuatiri menyebabkan lebih ramai penduduk terkorban kerana tidak dapat makanan dan minuman secukupnya.
Justeru itu, SERANTAU MUSLIM telah mengambil langkah drastik dengan melancarkan ‘Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi dan Tsunami’ untuk Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia. Orang ramai yang ingin membantu boleh melayari laman sesawang berikut https://www.billplz.com/TabungSulawesi atau menghubungi 010-8659407 untuk mendapat keterangan lanjut.
‘Persaudaraan Rentas Sempadan’
Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2398″ img_size=”medium” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]