Info SemasaKenyataan Media

Kenyataan Media 02 Ogos 2018

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

SURUHANJAYA COL BUKTI MYANMAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI

SERANTAU MUSLIM merasakan kewujudan sebuah suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Siasatan (Col) untuk meneliti pencabulan hak asasi manusia di Rakhine yang ditubuhkan kerajaan Myanmar hanyalah ‘gimik politik’ semata mata.

SERANTAU MUSLIM bersependapat dengan Amnesty International, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang melaporkan Suruhanjaya Col tidak lebih sekadar wayang politik kerana tiada dibutirkan perincian tugas, kuasa atau rangka masa untuk melengkapkan butiran laporan.

SERANTAU MUSLIM turut merasa curiga dengan motif penubuhan Suruhanjaya Col yang dianggap ditubuhkan untuk membersihkan dosa kerajaan Myanmar dari jenayah pembersihan etnik dan lebih buruk lagi sebagai lesen untuk memanggil pelarian Rohingya pulang ke Myanmar sekaligus menyemarakkan lagi proses pembantaian etnik Rohingya.

SERANTAU MUSLIM melahirkan rasa kebimbangan andai laporan Suruhanjaya Col diterbitkan, ia memberikan petunjuk yang salah mengenai situasi di Myanmar sedangkan jika dilihat laporan oleh penyiasat bebas, Yanghee Lee sebelum ini, keadaan di Myanmar masih tidak selamat untuk dihuni muslim minoriti kerana masih terdapat isu ketegangan agama dan etnik dalam kalangan penganut agama Buddha dan Islam.

SERANTAU MUSLIM melihat isu di Myanmar sudah terang lagi nyata membuktikan tiada jaminan yang kuat menyatakan keadaan di Myanmar selamat untuk dihuni oleh etnik Rohingya terutama untuk anak-anak kecil yang bakal terdedah dengan pelbagai masalah. Jika keadaan ini berterusan dan tiada siasatan yang konkrit dilaksanakan, isu Rohingya ini dijangka akan terus meleret dan tidak berkesudahan.

SERANTAU MUSLIM menggesa krisis keagamaan dan politik ini harus ditangani dengan pantas dan perlu ada campurtangan antarabangsa dan tidak boleh berharap kepada suruhanjaya Col semata mata agar nasib anak-anak kecil dapat menikmati kehidupan yang jelas dan lebih baik pada masa akan datang.

SERANTAU MUSLIM juga ingin menguar-uarkan bahawa SERANTAU MUSLIM masih meneruskan kempen www.untukmurohingya.com sebagai platform untuk orang ramai menghulurkan bantuan etnik Rohingya dapat meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang.

“Persaudaraan Rentas Sempadan”.

Ustaz Mohd Hakim bin Mohd Nor
Pengurus Besar
Pertubuhan Kebajikan SERANTAU MUSLIM[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_single_image image=”2027″ img_size=”large” alignment=”center”][/vc_column][/vc_row]