Kembara Prihatin: Ibu Tiada Ganti, Kami Sayang Ibu
[vc_row][vc_column][helpme_fancy_title tag_name=”h1″ size=”30″ font_family=”Palatino Linotype, Book Antiqua, Palatino, serif” font_type=”safefont” align=”center”]IBU TIADA GANTI, KAMI SAYANG IBU[/helpme_fancy_title][vc_column_text][/vc_column_text][vc_column_text]Pada kembara prihatin kali ini, kru SERANTAU MUSLIM terpaksa menghadapi cabaran sehinggakan tidak menjumpai jalan kerumah penerima bantuan tersebut. Lorong jalan yang hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja dan ia menyukarkan kami mengesan dimana rumahnya. Akhirnya, pencarian rumah itu ditemui setelah ditempuh masuk kedalam kampung tersebut.
Rumah batu kampung itu didiami oleh keluarga Puan Kamariah telah dihadiri oleh kami bagi tujuan menyempurnakan Program Kembara prihatin kami kali ini. Puan Kamariah yang berusia 40-an hidup bahagia bersama 9 orang anak yang disayanginya dimana anak yang paling kecil berusia dua tahun. Telah terjadi suatu yang tidak diingini sejak kecil lagi anak ke-8 telah meninggal akibat terjatuh dalam parit air. Perasaan ibu mana yang tidak sedih dengan kehilangan anak tersebut. Tapi jika sudah itu suratannya, Puan Kamariah menerima ketentuan dari tuhan dengan redha.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1534300763957{background-color: #a3ed6f !important;}”][vc_column][vc_column_text]Memandangkan anak-anak masih bersekolah, suami Puan Kamariah yang merupakan ketua keluarga perlulah mencari nafkah dengan bekerja sebagai pengawal untuk menyara kehidupan keluarganya. Puan Kamariah tidak bekerja dan hanya duduk di rumah menjaga anak-anaknya yang kini hanya tinggal 8 orang.
Puan Kamariah baru sahaja kahwin dengan suaminya yang kedua itu dan dikurniakan seorang cahaya mata. Dengan keadaan kehidupan Puan Kamariah dan suami, mereka memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan, susu, lampin dan lebih-lebih lagi mereka perlu menjaga ibunya yang sudah tua dan mengidap penyakit strok
Walaupun mempunyai adik beradik yang lain tetapi mereka semua tidak mahu menjenguk ibu mereka. Hubungan Puan Kamariah bersama adik beradiknya tidak begitu baik, hal ini menyebabkan dia harus menjaga ibunya yang dalam keadaan lumpuh itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah sejarah yang dialami oleh Puan kamariah.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1534300729928{background-color: #aeed82 !important;}”][vc_column][vc_gallery interval=”3″ images=”2157,2156,2158,2159″ img_size=”large”][vc_column_text]Tiada siapa yang mahu kehidupan sebegitu, tetapi Puan kamariah tetap tabah menghadapinya. Kesusahan tersebut telah membuka mata masyarakat untuk membantu Puan kamariah sekeluarga dengan bantuan rumah yang diberikan oleh sebuah NGO dan menerima bantuan sebuah kereta dari pihak yang baik hati.
Tuhan lebih memahami dan tuhan jugalah pemberi rezeki. Puan Kamariah berbesar hati dan sangat bersyukur atas bantuan tersebut. Baginya, pemberian tersebut bagai durian runtuh dalam hidupnya. Akan tetapi, baginya itu tidak bermakna untuk dia bersenang dengan hadiah tersebut. Beliau dan suami perlu meneruskan pencarian bersama untuk membesarkan keluarga mereka dan untuk kos menjaga ibunya yang lumpuh.
Butir-butir kesyukuran sentiasa membasahi bibir dan hati Puan Kamariah sekeluarga kerana Rezeki itu tetap ada walaupun terkadang harus menempuh keperitan hidup. Beliau turut mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebanyak RM200 sebulan. Sehubungan dengan itu beliau juga mendapat sedikit bantuan dari Program Kembara Prihatin yang dianjurkan oleh SERANTAU MUSLIM pada setiap hari jumaat.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row css=”.vc_custom_1534300747629{background-color: #c4edaa !important;}”][vc_column][vc_column_text]Diharap Program seperti ini mendapat sokongan daripada semua rakyat Malaysia agar mereka dapat melihat betapa banyaknya kepentingan dan moral yang tersemai di dalam program Kembara Perihatin ini.
Tuan puan yang mahu bersama kami membantu mereka yang memerlukan boleh menghubungi kami di 010-8569407. Semoga segala usaha kita didunia ini diberkati di akhirat kelak.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]