2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SM

KEMBARA PRIHATIN 3.0 SEDANG DIJALANKAN

Alhamdulillah semalam, 19 November 2020, kakitangan Serantau Muslim telah menggerakkan semula Kembara Prihatin kali ketiga pada tahun ini.

Projek tersebut dijalankan di sekitar Kampung Relau, Asahan, Jasin Melaka dan telah menyantuni sebanyak 7 buah keluarga yang memerlukan.

Serantau Muslim telah menyantuni keluarga yang terdiri daripada warga emas yang mempunyai pelbagai penyakit misalnya darah tinggi, kencing manis, kurang pendengaran, dan kabur penglihatan.

Insha-Allah projek ini akan berterusan sehingga Oktober 2021.

Ayuh kita doakan semoga urusan mereka semua dipermudahkan Allah SWT.