2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Info Semasa

KELEBIHAN YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA AMALAN BERSEDEKAH

Sedekah. Apakah maksud sebenar sedekah? Apakah kefahaman yang kita semua boleh dapat menerusi amalan bersedekah ini? Adakah ia akan mengurangkan harta dan wang yang kita saban hari kumpul demi kesenangan dan kepentingan kita sendiri? Ke manakah hala tuju wang dan harta yang kita semua himpun ini akan membawa kita? Adakah dengan harta ini mampu memberi kita kegembiraan yang boleh dikecapi di akhirat? Atau wang ringgit itu akan menarik kita jauh ke lembah kebinasaan?

Amalan yang dianggap boleh merugikan dan remeh ini sebenarnya merupakan suatu amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan konsep bersedekah dalam Islam juga adalah terlalu besar untuk diperjelas dan tidak tertumpu kepada wang ringgit dan harta sahaja. Malah, sedekah juga boleh dilakukan dalam bentuk lain seperti memberi khidmat tenaga atau keringat, mengajarkan ilmu kepada orang lain, menghulurkan bantuan pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan hatta memberi senyuman yang ikhlas kepada manusia lain juga boleh dianggap sebagai sedekah.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kepentingan yang kita semua boleh dapat menerusi amalan bersedekah ini. Adakah kita sedar bahawa amalan bersedekah merupakan suatu amalan di mana pahalanya masih lagi kita perolehi walau pun setelah kita meninggal dunia? Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya :

“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan akan diperoleh) iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang ramai dan anak soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat : Muslim)

Selain itu, amalan sedekah yang dilakukan secara ikhlas keranaNya tanpa mengambil kira jenis sedekah itu tidak akan mendatangkan sebarang keburukan mahu pun kerugian kepada penderma malahan akan mendapat balasan yang jauh besar daripada nilai awal yang dikeluarkan pada awalnya. Jika bukan menggantinya dengan perkara yang sama, pasti akan digantikan dengan perkara yang lebih baik seperti diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga atau dipermudah segala urusan dunia dan akhirat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T maksudnya :

Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya” (Al Baqarah 2:261)

Dan Allah S.W.T juga ada berfirman lagi maksudnya :

“Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:39)

Pernahkah kita semua mengetahui bahawa terdapat nikmat dan keistimewaan yang boleh diperolehi di syurga kepada mereka yang gemar bersedekah terutama menaja makan orang ramai tanpa mengambil kira fahaman politik, agama atau bangsa. Sayyidina ‘Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda maksudnya :

Di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang dari luarnya boleh nampak semua perkara yang ada di dalamnya dan dari dalamnya boleh nampak semua perkara yang ada di luarnya.” Para sahabat bertanya, “Untuk siapakah kamar-kamar itu?” Baginda menjawab, “Untuk orang-orang yang berbicara dengan cara yang baik, memberi makan kepada orang ramai, sentiasa berpuasa dan berdiri bersolat tahajud pada waktu malam semasa orang orang lain nyenyak tidur” (Ad-Dur : Ibnu Syaibah dan Tirmizi)

Jesteru itu, marilah kita semua mengambil inisiatif untuk mengamalkan budaya bersedekah dalam kehidupan seharian kita kerana ia begitu mudah untuk dilakukan serta terdapat pelbagai fadilat dan kelebihan yang boleh diperolehi menerusi amalan ini. Untuk itu, pihak Serantau Muslim membuka peluang kepada individu serta badan korporat yang berminat menderma  untuk melakukan ibadah qurban bersama Serantau Muslim melalui QurbanMudah.

Kami, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim mampu melunaskan hasrat dan impian Tuan/Puan yang berkeinginan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah di negara luar yang memerlukan seperti di India, Asia Tenggara atau Afrika Timur. Dengan hanya serendah RM350.00/bahagian, hajat Tuan/Puan untuk menolong saudara seagama kita yang tidak berkemampuan untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah ini boleh tercapai. Marilah kita bersama-sama untuk melakukan ibadah qurban atau aqiqah melalui Serantau Muslim, sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami dengan menghubungi/Whatsapp di talian +60108659407. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah bertanya maksudnya :

“Ya Rasullah, sedekah yang mana satukah paling besar ganjarannya di sisi Allah S.W.T?” Baginda S.A.W bersabda, “Kamu bersedekah sedangkan kamu berada dalam keadaan sihat, masih tamak kepada harta dan ada perasaan takut akan menjadi miskin serta ada bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu menangguh dalam bersedekah sehingga nyawa sampai ke halkum yakni kamu hampir mati barulah kamu berkata, sekian banyak harta untuk masjid, sekian banyak harta untuk madrasah. Sedangkan harta itu telah menjadi milik waris.” (Misykat : Muttafaq ‘alaih)

Layari terus link di bawah atau klik pada gambar di bawah.

http://bit.ly/2WPbpsG
http://bit.ly/2WPbpsG

Sebarang pertanyaan, boleh ajukan kepada Pegawai Khidmat Pelanggan kami dengan menghubungi/Whatsapp di talian +60108659407.