2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Kenyataan Media

KEJADIAN TANAH RUNTUH LANDA LOMBONG JED DI MYANMAR

 

YANGON, 29 JULAI – Pihak polis Myanmar memaklumkan seramai 14 orang maut termasuk seorang anggota polis manakala empat lagi masih hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah lombong jed di Myanmar awal pagi semalam.

 

Difahmkan juga, pusat jed, Hpakant di negeri Kachin sebelah utara negara itu sering dilanda bencana alam walaupun kerajaan berikrar untuk ‘membersihkan’ industri perlombongan yang menguntungkan itu.

 

Dalam pada itu, Ketua Polis, Than Win Aung memaklumkan bahawa pihaknya menemui 14 mayat manakala empat lagi mangsa yang dua daripadanya adalah polis yang sedang mengawal kawasan lombong berkenaan masih hilang dan dikhuatiri terkorban.

 

Kerajaan sudah mengarahkan semua aktiviti perlombongan di Hpakant dihentikan sepanjang musim tengkujuh di Myanmar dari Mei hingga Oktober.

 

Namun penduduk tempatan berkata pelombong haram masih memasuki kawasan berkenaan untuk melombong jed.

 

April lalu, 55 pekerja sebuah syarikat perlombongan terbunuh apabila tebing sebuah kolam yang terletak di lereng bukit pecah dan berikutan itu pihak berkuasa terpaksa menghentikan 17 blok perlombongan untuk tujuan keselamatan.

 

Sumber: Berita Harian