2J-1, Jalan Seri Emas 17A, Taman Seri Telok Mas, 75460 Telok Mas, Melaka.
03-8408 1789
Aktiviti SMInfo Semasa

Kebakaran di Kem Pelarian Syria di Kawasan Qub Elias di Bekaa

Pada pagi 4 Ogos 2021 semalam, api besar telah menghanguskan Kem 004, yang mana ia merupakan salah satu kem pelarian Syria yang berada di Qub Elias, di seberang ladang Caesar di Bekaa, Lubnan.

Pasukan pertahanan awam telah berjaya memadamkan api setelah 25 khemah musnah terbakar di kem IS004 dan sebuah khemah di kem IS005, selain menyebabkan kerosakan di 4 buah khemah di IS008.

Pasukan tindak balas kecemasan URDA telah bergegas memberi sokongan kepada keluarga yang terjejas dengan mengedarkan barang bantuan termasuk makanan, air dan juga memberi penilaian terhadap kerosakan dalam kebakaran tersebut.

Menurut Intersos, sebanyak 31 keluarga terjejas, bersamaan dengan 171 individu yang kehilangan barangan keperluan utama dan barang bukan makanan, bersama dengan khemah mereka.

Empat keluarga yang terdiri daripada 21 individu, kehilangan khemah mereka.

Di samping itu, 16 keluarga telah kehilangan dokumen mereka sementara dua kehilangan kad pengenalan ketika mereka ketika sedang membantu memadamkan kebakaran.

Kerosakan yang berlaku dalam kebakaran tersebut lebih kepada kerosakan barang dan tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Keluarga terlibat telah berpindah ke kem berhampiran. Menurut maklumat awal, kebakaran itu disebabkan oleh kerosakan elektrik.

Buat makluman masyarakat Islam seluruh dunia, jumlah pelarian Syria di Lebanon melebihi 1 juta orang, yang kini berada di pelbagai wilayah Lebanon.

Kehidupan mereka saat ini hidup begitu daif dan berada dalam keadaan ekonomi dan sosial yang sukar,

Kem pelarian sebegini sentiasa menghadapi risiko kebakaran, banjir dan salji.            

Kita doakan semoga semua pelarian Syria sentiasa dalam rahmat Allah SWT.